Thursday, February 3, 2011

LANGKAHPUN BERMULA

Kesihatan diri mencerminkan kebahagian hidup. Kesihatan diri juga menjadi suatu ujian bagi manusia sejagat. Samada kita sihat atau sakit, semuanya adalah ujian.

Bagi yang sihat diberi ujian dengan tahap kesihatannya, maka adakah mereka bersyukur dan bagi yang sakit diberi tahap tahap kesihatan berlainan, maka adakah kita berfikir.

Tentang tanggungjawab kita yang perlu berusaha. Bagi yang sihat, tanggungjawab kita adalah mengekalkan kesihatan kita dan jangan sesekali kita bertakbur dengan kesihatan kita.

Dan bagi yang sakit pula, tanggungjawab kita adalah mencari penawarnya.

Maka di sini, sebagai orang yang sihat, kami mencari produk-produk usahawan yang bersesuaian untuk diketengahkan sebagai salah satu usaha pilihan, membantu mereka-mereka yang sakit.

Pihak kami akan mula menyenaraikan produk-produk berkaitan bersama perinciannya  untuk makluman pembaca sekelian dan seterusnya sekiranya pembaca sekelian menyakini akan keberkesanannya, maka bolehlah pembaca sekelian menghubungi kami melalui e-mail ataupun datang sendiri ke GALERI PRODUK USAHAWAN kami di alamat berikut :

Thursday, August 5, 2010

MENGENAL DIRI : KUASA MINDA

Aku seorang insan. Dibesarkan bersama liku-liku kehidupan yang tipikal. Bersama onak dan duri. Merentasi ranjau kehidupan yang berombak.

Lantas hari ini aku masih tercari-cari. Terkapai-kapai untuk cuba menggapai suatu kehidupan yang sempurna.

Di manakah ianya patut bermula? Ataupun adakah ianya sudah bermula?

Saturday, May 1, 2010

Salam Perkenalan Bloggers

Dalam kehidupan zaman ini, kita telah di sediakan dengan berbagai-bagai kemudahan. Ianya merangkumi segala aspek kehidupan, dari saat kita dilahirkan sehingga tamat riwayat kita, tanpa mengenal usia, bangsa, agama mahupun kerakyatan. Dan di sepanjang kehidupan ini, kita akan terbahagi kepada berbagai-bagai golongan samada di antaranya, golongan marhaien, sederhana, fundamentalis mahupun fanatik.

Dan sesungguhnya tiada sesiapa yang memaksa kita untuk tergolong di dalam golongan mana. Cuma kita sendiri yang akan memilihnya. Maka itu, setiap keputusan yang kita buat maka seharusnya kita bertanggungjawab memikul kesan dari keputusan kita itu.

Saya membuka blog ini atas dasar seorang insan kerdil yang ingin bersuara. Untuk berkongsi pendapat dan kata-kata nasihat. Untuk di fikirkan dan di olahkan bersama mereka-mereka yang sealiran dengan saya.

Di sini saya mengalu-alukan tulisan-tulisan anda yang dapat mencetus daya pemikiran positif tanpa mengira latar belakang politik, agama, bangsa dan lain-lain.

Dan ingin saya tegaskan disini, sebarang bentuk penulisan yang mencerca dan makian serta kata-kata kesat tidak di undang di sini. Hanya tulisan-tulisan dan komen-komen yang membina sahaja yang akan dilayan.

Untuk itu, marilah sama-sama kita membina satu kelompok manusia berakal dan beretika, walaupun sekiranya kita ingin memberi komen, maka berikannya dalam bentuk yang beretika dan beradap.

Sekian, untuk salam perkenalan dari saya.
Tok Moh.